fb fb fb fb fb

Bekas guru ditemui meninggal dunia di rumah

(FOTO RTM)

KEMAMAN, 17 Jun-Seorang lelaki dipercayai bekas guru ditemui meninggal dunia di rumahnya di sini hari ini.

Mangsa, Mustafa Abdul Ghani, 66 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di dalam bilik tidurnya selepas pintu kediamannya terpaksa dipecahkan oleh anggota polis kira-kira pukul 12.00 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kehilangan mangsa disedari oleh rakan mangsa Mohd Sabri Hasan dan anak angkat mangsa, Aishah Nadiya Abdullah yang gagal menghubungi mangsa beberapa hari lalu.

Aishah yang risau keadaan bapa angkatnya itu bergegas ke rumah mangsa.

Setibanya di rumah mangsa, dia cuba memanggil Allahyarham, namun tiada tindak balas.

"Kali terakhir menghubungi Allahyarham adalah pada minggu lalu.

"Saya hendak berkongsi dengan Allahyarham tentang keputusan SPM saya.

"Saya ingatkan telefon bimbitnya rosak", katanya di sini.

Pasukan Perubatan yang tiba di lokasi tersebut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan mati mengejut.


(Anak mangsa, Aishah Nadiya Abdullah)

Media Baharu