GEORGETOWN, 17 Jun-Satu daripada 2,000 kelahiran bayi boleh mengalami Spina Bi-fida atau kecacatan tulang belakang.
Namun, menerusi kaedah rawatan dan sokongan peralatan perubatan yang betul, impak negatif yang bakal dihadapi bayi berkenaan pada masa hadapan dapat dikurangkan.
Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Pulau Pinang Dr Zety Norita Mohd Razaly berkata, individu yang mengalami Spina Bifi-da berupaya hidup berdikari, berintegrasi dalam masyarakat dan menjalani kehidupan normal seperti insan lain.
Justeru, tahap kesedaran berkaitan Spina Bifida perlu ditingkatkan.
Bengkel Spina Bifida antara inisiatif dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut.
"Kami berbangga kerana kami berjaya adakan kursus kesedaran Spina Bifida.
"Kursus ini turut menggabungkan doktor, staf kesihatan dan pesakit-pesakit", katanya di sini.
Perasmian bengkel tersebut disempurnakan oleh TImbalan Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dato Dr Teo Gim Sian.
(Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Pulau Pinang, Dr Zety Norita Mohd Razaly)