fb fb fb fb fb

88 institusi pendidikan Islam terima bantuan RM6.4 juta

KUBANG PASU, 17 Jun- Sebanyak 88 institusi pendidikan Islam seperti pondok, tahfiz dan sekolah agama rakyat yang berdaftar di negeri Kedah menerima bantuan berjumlah RM6.4 juta.

Pengurusan institusi pendidikan islam yang berdaftar di negeri itu menyambut baik pemberian bantuan bagi meningkatkan tahap dan mutu pendidikan dalam bidang tersebut.

Menurut Mohamah Hilmi Abdul Rashid dari Maahad Syeikh Tajuddin Al Jarumi, "pihak kami berterima kasih kepada perdana menteri kerana beri sumbangan untuk menambaik baik infrastruktur sekolah dan juga keperluan yang diperlukan."
 
Bagi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Maahad Madrasah An Nur Islamiah Mohamad Sabri Azizan, "pertama sekali atas sumbangan oleh kerajaan dengan sumbangan ini banyak dapat bantu sekolah dari segi prasana pendidikan, yuran pihak berkuasa tempatan (PBT) tertunggak disebabkan krisis kita hadapi beberapa tahun ini.

"Ini akan membantu dan menolong sekolah-sekolah agama rakyat ini untuk membangun bersama-sama dengan sekolah yang lain. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerajaan," katanya kepada pemberita pada Majlis sambutan Jubli Intan Sekolh Menengah Agama SMA Nahdhah Hasanah Melele di Jalan Ko’ Diang.

Bantuan tersebut merupakan dari sejumlah peruntukan RM8.9 juta tidak termasuk sekolah bantuan kerajaan dalam usaha untuk menyuburkan lagi pendidikan berteraskan Islam di Kedah.

(Bantuan kewangan kepada institusi pendidikan Islam di Kedah)

Media Baharu