fb fb fb fb fb

TVET beri peluang lepasan SPM terokai bidang berdasarkan minat-Zahid

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 20 Februari-Kira-kira 86 institusi dalam bidang  Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) dilaksanakan Kementerian Pendidikan.

Ini termasuklah Kolej Vokasional.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, inisiatif tersebut bagi memberi peluang kepada  pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menerokai bidang TVET sejajar minat dan kecenderungan masing-masing.

"Ekosistem  pendidikan  mula berubah  daripada pendidikan tradisional yang sama-sama kita ketahui dalam bidang akademik.

"Ia telah menjurus ke arah bidang teknikal kerana kita tahu bahawa pendekatan Kementerian Pendidikan melalui STEM biarpun  berjaya, tapi kita lihat minat dalam kalangan pelajar-pelajar itu agak berkurangan .

"Maka jawapannya adalah melalui sistem TVET itu", katanya demikian ketika menjawab soalan tambahan di kemukakan wakil Ipoh Timor Lee Chuan How  ketika sesi  waktu pertanyaan Menteri.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD