
KUALA LUMPUR, 20 September- Sebanyak 21 stesen pemantauan di lima negeri, Putrajaya dan Kuala Lumpur merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.
- Sarawak mencatat bacaan tertinggi di Serian 182, Samarahan 168, Kuching 167 dan Sri Aman 164.
- Johor merekodkan bacaan tidak sihat termasuk Larkin 162, Pasir Gudang 155 dan Batu Pahat 154.
- Bacaan IPU 101 hingga 200 dikategori tidak sihat. Semak kemas kini di laman JAS atau aplikasi MyJAS EQMS.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Sarawak mencatat bacaan tertinggi menerusi stesen Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian iaitu 182, diikuti Samarahan (168), Kuching (167) dan Sri Aman (164).
Turut merekodkan bacaan tidak sihat di Sarawak ialah Bintulu dan Sibu, masing-masing 153, serta Sarikei (123).
Johor pula mencatatkan bacaan tidak sihat di enam stesen iaitu Larkin (162), Pasir Gudang (155), Batu Pahat (154), Segamat (153), Tangkak (152) dan Kota Tinggi (110).
Di Negeri Sembilan, Nilai merekodkan bacaan 154 manakala Seremban 121, sementara Selangor mencatatkan 153 di Shah Alam dan 127 di Johan Setia.
Putrajaya merekodkan bacaan 154, manakala Cheras, Kuala Lumpur mencatat 133.
Sementara itu, Melaka merekodkan bacaan 110 di Bukit Rambai dan 107 di Bandaraya Melaka.
Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.