fb fb fb fb fb

Turkiye terus bantu, usaha bebaskan sembilan aktivis Malaysia – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Turkiye akan terus membantu Malaysia dalam usaha membebaskan sembilan aktivis negara ini yang kini berada dalam tahanan rejim Israel.

Menurut beliau, perkara itu disampaikan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang telah menghubunginya baru-baru ini.

“Yang kita lawan itu gergasi Israel. Sahabat saya, Tayyip Erdogan, baru sahaja menghantar mesej, menteri luarnya sudah berhubung dengan Datuk Seri Mohamad Hasan. Insya-Allah, Türkiye akan terus membantu usaha membebaskan sembilan rakyat kita itu,” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN