KUALA LUMPUR, 3 November – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini selamat tiba di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid, Riyadh untuk YDP Agong selamat tiba di Arab Saudi memulakan lawatan negara ke Arab Saudi.
Lawatan negara tersebut bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama demi kepentingan dan manfaat rakyat kedua-dua negara.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, ketibaan baginda padapukul 12.30 tengah hari waktu tempatan disambut oleh Putera Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Saud, Timbalan Gabenor Riyadh dan Putera Faisal bin Abdulaziz bin Ayyaf, Datuk Bandar Riyadh.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda ialah YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
Hadir sama menyambut ketibaan ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga bertindak sebagai Menteri Pengiring, serta beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman.
Juga Ketua Protokol KLN, Ikram Mohd Ibrahim, Ketua Pegawai Istiadat, Datuk Rozainor Ramli dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
Kenyataan itu turut memaklumkan, kali terakhir lawatan negara Yang di-Pertuan Agong ke Arab Saudi ialah pada tahun 1984, oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.
Hubungan diplomatik Malaysia–Arab Saudi telah terjalin selama 68 tahun, merangkumi kerjasama dalam bidang ekonomi, geopolitik dan hal ehwal agama Islam.