fb fb fb fb fb

Rundingan diplomatik tanda kebijaksanaan, bukan tanda menyerah - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Hubungan diplomatik memainkan peranan penting dalam mencapai persefahaman dan mengelakkan berlakunya konflik antara negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha tersebut sering disalah tafsir dan dijadikan polemik politik oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

“Tetapi ini tidak boleh menghentikan ia menjadi polemik politik, seolah-olah kita menjual maruah atau tunduk kepada Presiden Trump. Jangan lagi dibunuh anak-anak Gaza, jangan diapa-apakan wanita kita. Merdekakan mereka, beri hak mereka.

“Kalau ini bermakna kita atas nama ASEAN mengundang Donald Trump, apa salahnya untuk berunding? Saya bukan menyerah… saya mahu berunding,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil , di sini, hari ini.

Menurut Datuk Seri Anwar, rundingan secara diplomasi merupakan satu bentuk kebijaksanaan dan tidak boleh disamakan dengan tindakan menyerah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN