fb fb fb fb fb

Tunku Temenggong Kedah berkenan adakan lawatan rasmi ke Hospital Labuan

(Lawatan Program Komuniti Bersama PBSMM ini bersempena Sambutan Ulang Tahun PBSMM yang ke-75)

LABUAN, 14 Februari- Tunku Temenggong Kedah, Yang Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, selaku Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), berkenan mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Labuan.

Lawatan Program Komuniti Bersama PBSMM ini bersempena Sambutan Ulang Tahun PBSMM yang ke-75.

Dalam lawatan ini, Tunku Puteri Intan Safinaz turut melawat pesakit di Unit Hemodialisis serta meninjau Jabatan Patologi dan Perubatan Transfusi hospital berkenaan.

Bakul makanan diserahkan kepada 36 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis bagi meringankan beban mereka dan memberi sedikit kegembiraan kepada para pesakit.

Program lawatan ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dalam kalangan ahli PBSMM, selain memperkasakan hubungan persatuan itu dengan komuniti.

Sebagai tanda lawatan ini juga, Tunku Puteri Intan Safinaz telah menandatangi buku pelawat dan plak lawatan rasmi.

Turut sama mengiringi rombongan lawatan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Datuk Dr. Othman Che Jusoh dan Pengarah Hospital Labuan, Dr. Adnan Musa Balidran.

(Tunku Temenggong Kedah berkenan adakan lawatan rasmi ke Hospital Labuan)

Media Baharu