JOHOR BAHRU, 29 Julai- Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkenan menghadiri Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini.
Tunku Idris Iskandar Al-Haj tiba di masjid itu, pada pukul 6.40 petang bersama adindanya, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.
Turut mengiringi, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, barisan exco kerajaan Johor, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin oleh Imam Besar Masjid Sultan Abu Bakar, Mahadi Abdan.
(Tunku Idris Iskandar Al-Haj membaca surah Yasin pada Majlis Bacaan
Doa Akhir dan Awal Tahun di Masjid Sultan Abu Bakar)
Tunku Idris Iskandar Al-Haj kemudian menunaikan solat Maghrib bersama hampir 200 jemaah.