fb fb fb fb fb

MA'AL HIJRAH: Amal sikap toleransi, elak perbalahan merugikan - PM

(Ismail Sabri dalam perutusan bersempena sambutan Ma’al Hijrah 1444H/2011M
yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan malam ini)

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan masyarakat agar mengamalkan konsep 'tasamuh' atau toleransi dalam menjaga keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Sikap yang dituntut dalam Islam itu bukan hanya membolehkan rakyat terus membangun sehingga dihormati, tetapi juga dapat mengelak perbalahan yang sia-sia dan merugikan.

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan semangat tasamuh dianjurkan Rasulullah SAW ketika membangunkan kota suci Madinah yang menyaksikan golongan Ansar dan Muhajirin mempamerkan sifat toleransi serta melahirkan masyarakat berkasih sayang.

"Semangat tasamuh ini telah diterjemahkan ahli Dewan Rakyat ketika sebulat suara meluluskan rang undang-undang perlembagaan berkenaan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti pada 28 julai 2022 yang lalu, apabila sanggup mengetepikan perbezaan fahaman politik demi Keluarga Malaysia," kata Ismail Sabri dalam perutusan bersempena sambutan Ma’al Hijrah 1444H/2011M yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan malam ini.

Sambutan tahun ini bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran.

(Pelbagai kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia)

Tambah beliau, Maal Hijrah bukan sekadar menghayati penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dari kota suci Makkah ke kota Madinah bagi menyebarkan syiar Islam, tetapi mempunyai pengertian lebih besar.

Cabaran yang dihadapi kini menuntut kecekalan dan ketahanan jiwa setiap rakyat, seperti semangat pengorbanan kaum Muhajirin, yang sanggup meninggalkan harta dan kediamannya.

Hijrah dalam konteks hari ini iaitu berusaha mengubah diri menjadi individu lebih baik dan bermanfaat kepada orang lain.

Setiap individu bertanggungjawab memastikan hubungan sesama anggota masyarakat berjalan atas prinsip keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran seperti ditekankan dalam konsep Keluarga Malaysia.

Nilai ini penting untuk rakyat berdepan cabaran tidak pernah berlaku dalam sejarah, sehingga menyebabkan negara terpaksa bergelut untuk menanganinya.

Media Baharu