fb fb fb fb fb

Tunjuk isyarat lucah, warga Rohingya ditahan

(Foto mynewshub)

KULAI, 27 Mei- Polis menahan seorang lelaki warga Rohingya di Kulai Besar pagi tadi kerana mengganggu ketenteraman awam dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penduduk tempatan pada 23 Mei lalu.

Insiden tersebut tular di media sosial semalam menerusi video berdurasi 19 saat.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow memaklumkan suspek berumur 23 tahun bertindak demikian selepas berang ditegur penduduk kerana meletakkan longgokan besi buruk di atas jalan raya.

"Semakan mendapati suspek berstatus Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

"Suspek mengaku terlibat dalam insiden tersebut selepas disoal siasat dan akan direman esok untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen enam (1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya menerusi kenyataan.


(Foto mynewshub)

Media Baharu