fb fb fb fb fb

TUN M sokong RUU Perlembagaan Pindaan Nombor 3, 2022

KUALA LUMPUR, 11 April - Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Pindaan Nombor 3, 2022 , bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentangkan.

Bagaimanapun beliau mencadangkan agar RUU Anti lompat Parti itu hanya tertakluk kepada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ini bagi mengelakkan hak asasi rakyat yang menukar persatuan dipelihara.

(Tun Mahathir berkata demikian ketika membahaskan RUU Perlembagan (Pindaan) (No 3) 2022
pada mesyuarat khas Dewan Rakyat/FOTO PARLIMEN)

"Undang-undang anti lompat parti ini perlu diadakan, tetapi perlu terhad khusus kepada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, dan mungkin juga Ahli Senator,

"Kalau dihadkan kepada mereka sahaja dan pihak lain bebas untuk menukar, parti itu memeliharakan hak asasi mereka. Tetapi bagi Ahli Dewan Rakyat ini, kesan daripada lompatan mereka ini amat besar," menurut Tun Mahathir.


Media Baharu