KUALA LUMPUR, 11 April - Definisi lompat parti perlu diperhalusi dan diteliti sepenuhnya supaya tidak mengelirukan rakyat.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, sebagai permulaan barisan kepimpinan politik perlu terlebih dahulu memahami makna sebenar lompat parti secara jelas dan terperinci.
Katanya definisi itu menyebabkan timbul polemik ataupun dilema dalam sidang parlimen, kerana tidak ada satu penjelasan mahupun perincian yang jelas bagi menggarap definisi sebenar istilah tersebut.
Ini termasuk memperjelas kedudukan ahli politik yang dipecat daripada parti asal, seterusnya menubuh atau menganggotai parti lain gara-gara percanggahan pandangan, pegangan dan ideologi politik.
(Sivamurugan ditemubual membincangkang Signifikan
Akta Anti Lompat Parti Dan Had 2 Penggal Jawatan Perdana Menteri)
"Jadi saya percaya itulah yang mahu diperhalusi, diteliti sepenuhnya supaya literasi tentang lompat parti ni memang seronok. Apabila bercakap tentang lompat parti ni semua seronok mendengar, tetapi tetapi tidak tahu apa makna, maksud disebalik pemahaman tentang lompat parti.
"Kalaulah Yang Berhormat sendiri sukar mendefinasikan, bagaimana kita mahu mencambah pemikiran rakyat, kerana kita nak memastikan pengundi memahami, rakyat memahami apakah sebenarnya lompat parti.
"Bagi saya ia terlalu luas, ia perlu diterokai sepenuhnya supaya tidak bercanggah dengan perlembagaan, tidak bercanggah dengan Rukun Negara, tidak bercanggah dengan apa yang sudah dijunjung sekian lama ehingga ke hari ini," menurut Sivamurugan.