CYBERJAYA, 11 April - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sentiasa memberi penekanan terhadap keselamatan siber kepada rakyat.
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz menyatakan inisiatif itu berterusan melalui pelbagai program dan kempen meliputi Program Jelajah #SayaDigitalKeluargaMalaysia.
Selain penekanan terhadap sekuriti kewangan, literasi internet dan pengetahuan siber diterapkan dalam kalangan rakyat menerusi program tersebut.
"Dari segi isu penipuan, akaun palsu penipuan dan sebagainya memang ada. Sehingga hari ini kita dengan agensi-agensi berkaitan terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) iaitu berkait rapat dan bekerja rapat dengan sistem agensi kami, MDEC tidak asing kepada itu. Kita pun mengalaminya, telegram dan pelaburan lah, sebenarnya tidak berkaitan dengan kita" katanya.
Mahadhir berkata demikian selepas menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).
Kerjasama itu bagi mempercepat pertumbuhan syarikat teknologi negara sekali gus meningkatkan daya saing negara dalam ekonomi digital.
(Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz)