fb fb fb fb fb

Tiada syarat lengkap vaksinasi COVID-19 untuk terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

PUTRAJAYA, 11 April- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan pada 5 April lepas adalah untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 yang lengkap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.

"Bagaimanapun perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai.

Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi," katanya dalam satu kenyataan.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / Foto fail)

Jelas beliau, ia bagi memastikan bahawa tiada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan tersebut daripada tercicir.

Biarpun tidak diwajibkan, namun beliau menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama.

Media Baharu