fb fb fb fb fb

Tun Dr. Mahathir semakin pulih dan dipindah ke wad biasa, IJN

 

KUALA LUMPUR, 26 Januari - Keadaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan semakin pulih.

Tun Dr. Mahathir hari ini dipindah keluar dari Unit Rawatan Koronari ke wad biasa, Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan Datin Paduka Marina Mahathir selepas mendapat penilaian pasukan doktor pakar yang merawat bapanya.

Beliau dalam kenyataannya hari ini turut memaklumkan, Tun Dr. Mahathir ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, bagi mengelak jangkitan, kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini.

Beliau serta seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan.

Media Baharu