KUALA LUMPUR, 26 Januari - Kementerian Kewangan yakin Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mampu mencapai sasaran kutipan sebanyak RM1 hingga RM2 billion bagi Program Pengakuan Sukarela dan Pengampunan Cukai Tidak Langsung (Program VA) yang bermula awal tahun ini hingga 30 September, depan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, JKDM telah diberi mandat bagi melaksanakan Program VA yang juga antara usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan percukaian.
"Ia bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan cukai sewajarnya."
Jelas Zafrul, "JKDM telah memain peranan sebagai salah satu agensi penting yang menggerakkan dasar dan inisiatif kerajaan."
Sebagai contoh, jabatan itu telah memberi sumbangan besar dalam merealisasikan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Ia termasuk pemberian peringanan penalti, pengecualian cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai pelancongan dan duti eksport.
Zafrul berucap pada majlis Hari Kastam Sedunia kali ke-40 di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.