fb fb fb fb fb

Tun Dr. Mahathir: Selamat ulang tahun kelahiran ke-98

(Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah/FOTO FB Dr Mahathir)

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad genap memasuki ulang tahun kelahirannya yang ke-98 tahun hari ini.

Tun Dr Mahathir yang dikenali sebagai 'Bapa Pemodenan' satu-satunya perdana menteri di negara ini yang memegang jawatan tertinggi sebanyak dua kali selama 22 tahun.

Pertama kali Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri ke-4, sewaktu beliau berusia 56 tahun pada 1981 sebelum meletakkan jawatan pada 2003.

Pada 10 Mei 2018, Dr Mahathir mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kali kedua selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketika dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir berumur 92 tahun sekali gus memegang rekod sebagai perdana menteri tertua di dunia.

Dr Mahathir kembali ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya setelah 15 tahun meletakkan jawatan pada 2003.

Tidak sampai sepenggal kepimpinan Dr Mahathir, beliau meletakkan jawatan pada 24 Februari 2020.

Perjalanan karier politik Dr Mahathir terhenti apabila kehilangan wang deposit ketika bertanding di kerusi parlimen Langkawai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lalu.

Dr Mahathir seorang tokoh politik yang disegani seluruh dunia serta kempimpinannya yang mempunyai pendirian untuk menyatukan orang Melayu.

Salah satu polisi paling diingati semasa kepimpinan Dr. Mahathir ialah Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan pada 8 Februari 1982.

(Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menerima kunjungan Tun Dr Mahathir pada 20 Jun lalu di Kompleks Istana Presiden/FOTO FB Dr Mahathir)

Media Baharu