fb fb fb fb fb

CUEPACS gesa wujudkan pasukan petugas teliti Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr. Adnan Mat bercakap selepas Program Reformasi Pentadbiran Awam dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir Negeri Perak 2025 di Meru, Ipoh/RTM

IPOH, 20 November - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) digesa mewujudkan pasukan petugas bersama untuk meneliti tuntutan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr. Adnan Mat berkata, langkah itu bagi melengkapkan cadangan yang lebih komprehensif agar jawatan itu tetap dinaikkan ke gred lima (N5). 

Pasukan itu akan dianggotai oleh wakil CUEPACS bersama pihak JPA iaitu Bahagian Pembangunan Organisasi.

"Kami akan lihat sejauh mana permohonan ini diberi perhatian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam perkembangannya. Sama ada pasukan petugas ini telah pun bersidang ataupun dibuat persidangan kali kedua, ketiga dan sebagainya," kata beliau selepas Program Reformasi Pentadbiran Awam dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir Negeri Perak 2025 di Meru, Ipoh.

Sebelum ini CUEPACS telah mengemukakan tiga cadangan utama kepada pihak JPA bagi meningkatkan gred jawatan tersebut.

Antaranya menjumudkan terus dari gred N1 ke N5 atau pelaksanaan penerapan 'one-off' seperti yang pernah dilakukan bagi skim lain pada tahun 2016 sekiranya mempunyai kelayakan akademik.

Sementara opsyen ketiga, pemberian kenaikan pangkat automatik selepas tujuh tahun perkhidmatan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ