fb fb fb fb fb

Tumpuan kepada program hijau, kebersihan di Kuala Lumpur - Anwar

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 1 Februari- KUALA LUMPUR, 1 Februari- Kuala Lumpur terkenal megah dengan beberapa mercu tanda tersohor.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tumpuan kini wajar diberikan kepada program hijau dan kebersihan.

Terutamanya, pembinaan warung dan gerai untuk rakyat di peringkat bawahan.

"Ikhtiar ke arah program hijau, kebersihan dan keindahan...utamanya pembinaan warung dan gerai untuk rakyat di peringkat bawahan.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengorak langkah pantas dengan mengenal pasti sebagai permulaan 20 warung dan gerai untuk diperindahkan," katanya.

(Kuala Lumpur terkenal megah dengan beberapa mercu tanda tersohor)

Beliau berkata demikian ketika Sembah Ucapan Menjunjung Kasih sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2023 di Istana Negara, hari ini.

Dalam istiadat sama, Anwar turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana telah melimpah perkenan kepada 164 individu untuk dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat atas khidmat bakti serta jasa yang dicurahkan kepada Wilayah Persekutan dan negara.

Media Baharu