fb fb fb fb fb

Sarawak mulakan pengeluaran gas metanol Januari 2024

BINTULU, 1 Februari - Sarawak bakal memulakan pengeluaran gas metanol pada Januari tahun hadapan.

Ini susulan kilang pertamanya yang terletak di Hab Petrokimia Bintulu di Kidurong, di sini akan memulakan operasinya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan loji itu yang melibatkan kos dianggarkan RM8 bilion mencapai peringkat akhir dengan percubaan operasi ditetapkan pada April tahun ini.

(Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg / FOTO FAIL)

“Kalau ia berjalan seperti yang telah kita rancangkan, Sarawak akan memulakan pengeluaran metanol pada Januari 2024. Ini bermakna, kita menepati jadual dalam mengeluarkan metanol kita sendiri untuk pasaran terbuka,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek loji itu di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, pengeluaran gas metanol tersebut juga bagi tujuan dieksport ke pasaran terbuka.

Bintulu bakal menjadi hab petrokimia dan akan dibangunkan secara peringkat untuk merancakkan industri hiliran petrokimia.

Media Baharu