fb fb fb fb fb

Pembentukan Kerajaan Perpaduan, YDP Agong ucap tahniah kepada PM

KUALA LUMPUR, 1 Febuari - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentukan kerajaan perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

Baginda turut bertitah, kerajaan perpaduan harus melipat ganda usaha dalam memelihara kesejahteraan rakyat.

Baginda juga menghargai usaha proaktif dan inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan untuk meningkatkan taraf hidup yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.


(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah)

Antara inisiatif tersebut adalah pemberian bantuan kebajikan rakyat miskin dan terjejas pendapatan,pembasmian miskin tegar bandar dan penyediaan kediaman yang selesa kepada yang berpendapatan rendah.

"Beta juga amat syukur dengan komitmen kerajaan beta dalam menjaga kemaslahatan rayat beta,kuhusuh dalam menagani isu semasa yang tidak lansung merangsang ekonomi sosio dan ekonomi rakyat beta.

"Pelbagai pembaharuan turut dilaksana dengan berpegang kepada prinsip menjaga kebajikan rakyat, mengeratkan perpaduan, meringankan dan menaikan taraf hidup rakyat di Wilayah Persekutuan.

"Beta turut berharap bantuan kepada golongan miskin dan bependapatan rendah di Wilayah Persektuan dapat diberikan tumpuan khsus oleh kerajaan beta," titahnya.

Pada masa sama, baginda turut berharap fenomena banjir kilat yang sering melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan harus ditangani segera.

Jesteru, pembangunan harus seiring dengan inisiatif dengan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan di kawasan tadahan hujan serta bukit tinggi perlu dikawal selia.

Titah itu disampaikan sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023 di Istana Negara.

Ini merupakan istiadat yang terakhir baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sejak bersemayam pada 31 Januari 2019.

Media Baharu