fb fb fb fb fb

Sasar Wilayah Persekutuan jadi bandar pintar menjelang 2030 - PM

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Kerajaaan menyasarkan Wilayah Persekutuan menjadi bandar pintar menjelang 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agenda pembangunan itu dirangka oleh Wilayah Persekutuan demi masa depan yang mampan, berdaya huni dan pintar.

"Selari dengan hasrat madani yang turut memberi penekanan kepada aspek kemampanan dengan konsep green city, kota hijau dan kota pintar, patik menyasarkan Wilayah Persekutan menjadi bandar pintar menjelang tahun 2030.

"Di samping itu usaha-usaha tebatan banjir akan diteruskan dengan lebih gigih," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,
Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2023 di Istana Negara hari ini/BERNAMA)

Beliau berkata demikian ketika Sembah Ucapan Menjunjung Kasih sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2023 di Istana Negara, hari ini.

Tambah Anwar, beberapa program lain sedang diusahakan antaranya Bas Elektrik Kuala Lumpur sebagai bandar perintis rendah karbon.

Selain, penambahan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di ibu negara dan Putrajaya serta WiFi di projek perumahan rakyat dan awam di Labuan.

Jelas beliau, berdasarkan kemampanan Wilayah Persekutan yang diukur melalui 79 petunjuk prestasi, ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut berjaya mencapai tahap mampan dan cemerlang pada tahun lalu.

Media Baharu