fb fb fb fb fb

Pentadbiran tiga wilayah persekutuan akan lebih telus, bersih, prihatin - PM

KUALA LUMPUR, 1 Febuari - Selari dengan Malaysia Madani, pengurusan dan tatakelola pentadbiran di tiga Wilayah Persekutuan akan menjadi lebih telus, bersih dan prihatin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jentera Wilayah Persekutan bertekad untuk menjadi contoh tadbir urus yang bersih dari rasuah dari peringkat pengurusan sehingga penguatkuasaan.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Hanya berteraskan dengan nilai, dan etika, atau akhlak aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan serta ihsan dan rahmah dapat dibudayakan," katanya ketika berucap di Istiadat Menghadap Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah di Istana Negara.

Tambah Datuk Seri Anwar, selain inisiatif diambil oleh pelbagai kementerian untuk tangani kos sara hidup, Jabatan Wilayah Persekutuan turut menambah bantuan lain kepada golongan miskin terjejas.

Antaranya, Mikro @ Wilayah iaitu pasar bergerak ke kawasan kos rendah, My Medik @ Wilayah, pemeriksaan rawatan kesihatan kepada B40 dan M40, serta 16 projek perumahan rakyat dan awam.

Media Baharu