fb fb fb fb fb

KPWKM bakal laksana sistem berpusat - Nancy

SARAWAK, 1 Febuari - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk melaksanakan sistem secara berpusat bagi mengesan isu khas kanak-kanak.

Sistem tersebut akan dapat mengesan kes kanak-kanak yang terabai dan didera selain memudahkan pemberian bantuan kepada mereka.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ketika memberikan 
sumbangan kepada Majlis Penyerahan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
kepada waris seorang pencarum, Allahyarham Nuratirah Jaafar di Kampung Bintawa Hilir, di sini, semalam)

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan memberitahu, ketika ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai sistem secara berpusat dan menyebabkan kerja-kerja mengesan sukar dilaksanakan.

Walaupun tidak mendedahkan lebih lanjut berkaitan sistem berkenaan, beliau berkata ia adalah antara fokus kementerian yang akan dibentangkan kelak.

Sebuah jabatan khas juga bakal diwujudkan bagi menangani kesejahteraan termasuk isu penderaan dan pengabaian.

Beliau bercakap demikian di Bintawa Hilir, Kuching.

Media Baharu