fb fb fb fb fb

Guna konsep Malaysia Madani, hasilkan graduan berkemahiran dan bersahsiah tinggi

KUALA LUMPUR, 1 Februari- Menggunakan konsep Malaysia Madani bagi menghasilkan graduan yang berkemahiran dan bersahsiah tinggi.

Menurut Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (PKGK), Universiti Malaya, Dr. Iskandar Abdullah, ke arah itu pihaknya melaksanakan inisiatif termasuk kerjasama dengan pihak industri dalam penempatan pelajar mengisi kekosongan jawatan, ceramah kerjaya dan peningkatan kemahiran.

"Maknanya sebelum tamat tahun akhir, kita dah cuba selamatkan mereka dengan industri tersebut. Program yang mereka ambil dengan pekerjaan yang ditawarkan adalah berdasarkan bidang sama.

"Jika mereka tidak berminat bekerja dalam bidang yang mereka ambil kita juga boleh bantu mereka menjadi sebagai usahawan," katanya.

(Dr. Iskandar Abdullah)

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program terbitan RTM di Wisma Berita, Angkasapuri.

Dr. Iskandar turut mencadangkan agar program bina kerjaya dilakukan secara terancang di institut pengajian tinggi, agar ketidakseimbangan tenaga kerja tidak berlaku.

Media Baharu