fb fb fb fb fb

Tumpahan kimia di sebuah sekolah di Klang

(Foto FB Korporat JBPM)

KLANG, 15 Mac- Satu kejadian tumpahan bahan kimia jenis kalsium nitrat berlaku di sebuah sekolah di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Andalas pada pukul 1.26 tengah hari.

Susulan panggilan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba mendapati tumpahan bahan kimia tersebut berlaku di sebuah stor di sekolah berkenaan melibatkan sebotol kalsium nitrat seberat 250 gram.

Tindakan sewajarnya dan operasi nyah cemar bahan terbabit telah dijalankan pasukan HAZMAT.

(Foto FB Korporat JBPM)

Media Baharu