KUALA LUMPUR, 7 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda empat negeri hingga 1.00 pagi Sabtu, 8 November 2025.
Ia melibatkan seluruh negeri Terengganu, serta Jerantut dan Kuantan di Pahang, dengan jangkaan cuaca sama turut melibatkan Tawau (Tawau) di Sabah. Manakala di Sarawak, daerah yang dijangka terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.