fb fb fb fb fb

Tular tangkapan pegawai JPN P.Pinang berlaku pada 2019

KUALA LUMPUR, 16 Jun- Isu yang sedang tular di media sosial berhubung 'beberapa kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dicekup polis kerana terlibat pengeluaran dokumen palsu yang sah’ berlaku pada tahun 2019.

JPN dalam kenyataan berkata perbicaraan kes berkenaan sedang berjalan dan tertuduh masih ditahan di penjara.


(Foto hiasan)

"Siasatan telah dilakukan oleh pihak berwajib ketika itu dan pegawai telah ditahan dan dituduh di bawah beberapa kesalahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

JPN mengulangi pendirian tegas bahawa tidak akan sama sekali melindungi mana-mana kakitangan yang didapati terlibat dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa jabatan tersebut serius dan memastikan tiada pelanggaran integriti seumpamanya dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri secara berterusan serta pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan.

"JPN juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai maklumat yang diperoleh secara dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat itu sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan atau memanjangkan mesej berkenaan", menurut kenyataan itu.

Media Baharu