fb fb fb fb fb

Malaysia disaran pimpin penempatan tentera ASEAN di sempadan Thailand-Kemboja

Foto fail

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam rundingan keselamatan Thailand-Kemboja disifatkan berkesan dan perlu diperkukuh dengan langkah lebih konkrit.

Menurut Penganalisis Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat, ia termasuk penempatan pasukan neutral ASEAN di kawasan pertikaian sempadan.

Jelas beliau, gencatan senjata yang dicapai baru-baru ini perlu disusuli dengan mekanisme jaminan ketenteraan yang bebas daripada pengaruh politik.

“Malaysia telah berjaya mendapatkan komitmen kedua-dua pihak untuk mengelak konfrontasi.

Langkah seterusnya ialah menempatkan pasukan tentera ASEAN yang neutral bagi memantau pematuhan dan mencegah sebarang provokasi,” katanya.

Menurut beliau, langkah itu mampu mencegah penggunaan kuasa ketenteraan secara unilateral di kawasan pertikaian serta memberi kredibiliti kepada proses damai.

"Namun begitu, keupayaan ASEAN masih terbatas kerana kekurangan leverage ekonomi dan keselamatan berbanding kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China.

Usaha ini hanya langkah awal dan kejayaannya bergantung kepada kepercayaan berterusan terhadap peranan Malaysia dan ASEAN," ujarnya lagi.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN