fb fb fb fb fb

Tujuh PPS dibuka di Sarawak

KUCHING, 23 DisemberSemua pintu air di baraj Sungai Sarawak telah ditutup memandangkan paras air sama di hilir dan hulu baraj.

Pemangku Kontroler Lembaga Sungai Sungai (LSS) Sarawak, Leftenan Kolonel Ding Tiew Wong memberitahu paras air di baraj semasa operasi mengeluarkan air diberhentikan pada ketinggian lapan meter.

Jelasnya, air pasang besar bermula 22 sehingga 27 Disember ini dijangka mencapai ketinggian 10.70 meter pada pukul 5.00 petang tadi.

Pintu baraj akan dibuka semula sekiranya air di baraj hilir lebih rendah berbanding hulu.

(Pintu baraj akan dibuka semula sekiranya, air di baraj hilir lebih
rendah berbanding hulu)

"LSS akan memantau keadaan pasang air di Sungai Sarawak agar paras air dapat dikekalkan serendah mungkin selain meninjau keadaan paras air dari pekan Siniwan sehingga ke baraj," katanya menerusi kenyataan.

Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka melibatkan 363 penduduk terjejas banjir di kawasan Bau, Kuching, Samarahan dan Serian, setakat pukul 7.00 malam tadi, 

Ia berikutan limpahan air ekoran hujan yang berterusan sejak semalam.

 

Media Baharu