fb fb fb fb fb

Pengguna LPT2 disaran rancang perjalanan ekoran musim hujan dan banjir

KUALA TERENGGANU, 23 Disember - Pengguna LPT2 disaran merancang perjalanan dengan baik ekoran musim hujan dan beberapa kejadian banjir di Pantai Timur.

Ketika ini LPT2 masih boleh dilalui bagi kedua-dua arah iaitu perjalanan dari Kuala Lumpur/Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu menghala ke Kuala Lumpur/Kuantan.

Pengurus Perniagaan Wilayah LPT 2 Sdn Bhd, Ts. Suhaimi Samat dalam kenyataannya berkata, susulan insiden kegagalan cerun sebelum ini, jalan kontra bagi laluan Bukit Besi ke Ajil masih diaktifkan.


(Foto fail)

Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan cerun dilaksanakan untuk keselamatan semua pengguna LPT2.

Oleh itu, pengguna LPT2 diingatkan sentiasa peka dan mematuhi arahan petugas dan papan tanda trafik apabila menghampiri zon kerja dan laluan kontra tersebut.

Media Baharu