fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Waris mangsa ucap terima kasih kepada semua agensi terlibat

MACHAP BARU, 23 Disember- Waris keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa terlibat.

Tai Seng Fui, 63 tahun waris kepada pasangan Tan Chang Lin, 35 tahun dan isterinya Yu Siew Pay, 34 tahun yang terkorban akibat kejadian itu bersyukur kerana jasad anak, menantu serta dua cucunya berjaya ditemukan.

"Terima kasih semua pihak yang membantu mengesan ahli keluarga saya. Ia bukan sesuatu kerja yang mudah. Terima kasih sekali lagi," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.


(Jasad Chang Lin, Siew Pay serta dua anak mereka Tai Jing Rou, 4 tahun
serta Tai Jing Key, 7 tahun dibawa pulang ke Melaka sekitar pukul
11.23 pagi tadi dari Hospital Sungai Buloh)

Jasad Chang Lin, Siew Pay serta dua anak mereka Tai Jing Rou, 4 tahun serta Tai Jing Key, 7 tahun dibawa pulang ke Melaka sekitar pukul 11.23 pagi tadi dari Hospital Sungai Buloh.

Jasad seterusnya di bawa ke Taman Peringatan Huai En, Jelutong, Batu Berendam bagi proses pembakaran dan abu mayat dijangka akan dibawa pulang ke kediaman waris di Machap Baru pada esok untuk penghormatan terakhir sehingga 29 Disember sebelum disimpan di Taman Peringatan Eternal Berhad, Selandar, Jasin.

Seng Fui terdahulu menerima ziarah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersama ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem serta Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Melaka, Datuk Kalsom Nordin.

Tun Mohd Ali turut hadir pada penghormatan terakhir pasangan Lai Chee Sam dan Lai See Tin serta dua anak mereka yang juga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali yang dibawa pulang ke kediaman waris mereka juga di Machap Baru semalam.

Media Baharu