fb fb fb fb fb

KPDN Kelantan rekodkan 896 kes rampasan tahun ini

(Pengarah KPDN negeri Kelantan, Azman Ismail membuat tinjauan pelaksanaan Skim Harga Maksimum
Musim Perayaan Krismas 2022 di Kota Bharu, Kelantan)

KOTA BHARU, 23 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Kelantan merekodkan 896 kes rampasan bermula awal tahun hingga hari ini.

Pengarah KPDN negeri Kelantan, Azman Ismail berkata ia membabitkan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM5,680,767.

Beliau berkata nilai denda keseluruhan yang dikenakan sebanyak RM203,300 dan jumlah kompaun yang dihasilkan sebanyak RM870,600.

Katanya, pihaknya juga mengumpulkan sebanyak 281 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan sebanyak RM4,874,266.


(Pengarah KPDN negeri Kelantan, Azman Ismail ditemu bual media selepas meninjau pelaksanaan
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022 di Kota Bharu, Kelantan)

Menurutnya, setakat ini tiada rampasan besar-besaran yang dilakukan menerusi Ops Bersepadu dan juga Ops Terjah yang dijalankan bersama agensi penguatkuasa yang lain.

"Rampasan biasa itu adalah yang kecil-kecillah, serahan-serahan daripada PDRM itu adalah antara barangannya, diesel, petrol dan juga minyak masak tiga sahaja tapi tidak tidak ada yang besar besarlah," kata beliau ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 2022, di sini.

Azman berkata sebanyak enam barangan yang terlibat dalam SHMMP tersebut, antaranya daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import, lobak merah dan ubi kentang import.

Media Baharu