fb fb fb fb fb

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Krismas bermula hari ini

REMBAU, 23 Disember- Peniaga diingatkan mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas pada Ahad ini terutama bagi barangan yang telah diwartakan bagi skim tersebut.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S.Veerapan mengingatkan para peniaga agar tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Pengguna boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika terdapat peniaga tidak mematuhi undang-undang.

"Semua peniaga diingatkan agar mematuhi undang-undang dan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. Jika terdapat aduan tentang kenaikan harga barangan, pengguna boleh membuat aduan kepada pihak KPDN," katanya pada Pelancaran SHMMP Krismas 2022 di sebuah pasar raya di Rembau.


(SHMMP dilaksana bermula hari ini sehingga 27 Disember nanti dengan
sebanyak 11 barangan diwartakan di bawah skim tersebut)

SHMMP dilaksana bermula hari ini sehingga 27 Disember nanti dengan sebanyak 11 barangan diwartakan di bawah skim tersebut.

Antaranya daging kambing biri-biri bertulang import, kepak ayam, tomato, lobak merah dan ubi kentang import.

Media Baharu