fb fb fb fb fb

Cadangan penambahbaikan pengurusan banjir dibincang selepas musim tengkujuh

(Foto fail)

KUALA TERENGGANU, 23 Disember- Sebarang cadangan penambahbaikan pengurusan banjir termasuk dari segi jentera, aset atau elaun khas untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) akan dibincangkan secara terperinci selepas tamat musim banjir.

Ketika ini fokus perlu diberi kepada operasi menyelamat dan membantu penduduk terjejas di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata persediaan kini tertumpu untuk menghadapi gelombang seterusnya yang memerlukan kerjasama banyak pihak terutama penduduk yang tinggal di kawasan berisiko.

Bagi gelombang pertama dan kedua ini, beliau amat berpuas hati dengan strategi pengurusan banjir yang dilaksanakan JBPM sebelum negara memasuki fasa Monsun Timur Laut.

"Itu keputusan dasar bagi saya saya turun untuk meneliti operasi ketika ini masing-masing menumpukan usaha kepada urusan menyelamat. Ini akan disusuli urusan pascabanjir," kata Akmal Nasrullah kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa di sini.

Hadir sama Pengarah JBPM negeri Terengganu, Md Hilman Abd Rashid.

Beliau turut menyampaikan sumbangan makanan kepada para petugas dan sukarelawan yang membantu.

Menurut Akmal Nasrullah, di Terengganu 1,310 pegawai bomba terlibat sepanjang penugasan Monsun Timur Laut.

Operasi mereka dilengkapi kekuatan aset iaitu dua buah helikopter, 43 jentera darat dan 40 bot.

(Cadangan penambahbaikan pengurusan banjir dibincang selepas musim tengkujuh)

Media Baharu