fb fb fb fb fb

Bilik Gerakan Banjir KPT beroperasi 24 jam

KOTA TINGGI, 23 Disember- Bilik Gerakan Banjir Kementerian Pengajian Tinggi yang dibuka 18 November lalu sedia beroperasi 24 jam bagi memantau keadaan banjir di institusi terkesan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut memaklumkan sebanyak 5,404 warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu berada dalam keadaan baik dan selamat.

"Kita juga telah menggerakkan hampir 7,000 sukarelawan, untuk membantu.

"Manakala mereka yang terjejas banjir telah dipindahkan dan ditempatkan di dalam kampus", katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan ke FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.


(Menteri Pendidikan Tinggi,
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin/BERNAMA) 

 

 

Media Baharu