BUSAN, 8 Julai- Pelbagai inisiatif dilaksanakan Malaysian Muslim Travel Agency Association (MYTRA) bagi memperkasa sektor pelancongan halal negara.
Ini termasuk penganjuran program perniagaan ke perniagaan (B2B) antara agensi pelancongan Malaysia dan luar negara khususnya Korea Selatan.
Presidennya, Syazri Afiq berkata usaha itu sekali gus menyahut seruan kerajaan untuk memperkasa industri tersebut.
Selain itu, juga dapat mengukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua
negara.
"Kita adakan, selarikan bagi menyahut saranan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,MYTRA mengadakan program B2B untuk menarik sektor pelancongan halal negara, selari dengan saranan beliau untuk kerjasama hubungan Malaysia dan Korea Selatan. Malaysia sangat dikenali sebagai hab pelancongan halal sebab kita amat peka, bagi pelancongan halal ini mereka utamakan waktu solat, makanan halal, walau pemandu bas bukan Islam pun mereka akan peka dengan sensitiviti umat islam," ujar beliau.
Syazri berkata demikian dalam Program MYTRA B2B Exchange, di Busan.
Program tersebut dihadiri oleh sebanyak 80 agen pelancongan yang bertujuan mempromosikan sektor pelancongan dari kedua-dua negara.