fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN dijangka paling meriah dalam sejarah, terima lebih banyak penyertaan

FOTO FB Anwar Ibrahim

RIO DE JANEIRO, 8 Julai- Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober nanti dijangka menjadi acara paling meriah dalam sejarah kerana ia bakal menerima kehadiran lebih banyak negara rakan. 

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa negara yang tidak pernah menyertai sidang itu sebelum ini sudah mengesahkan kehadiran. 

Dua daripada negara tersebut adalah antara destinasi lawatan ke tiga negara oleh Perdana Menteri. 

Manakala satu daripadanya disahkan menerusi panggilan telefon, selain jemputan secara bersemuka ketika pertemuan di luar Sidang BRICS. 

"Kalau dulu ASEAN dengan beberapa negara selain Jepun, korea, China, India, Kanada, New Zealand dan wakil Eropah. Tapi sekarang umpamanya Perdana Menteri Kanada setuju untuk hadir, Perdana Menteri baharu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni akan hadir dan juga sekarang ini termasuk Afrika Selatan dan Brazil," jelas beliau.

Perdana Menteri bercakap dalam sidang media bersama media Malaysia, di sini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE