fb fb fb fb fb

Treler bawa muatan bot sangkut di jejambat

GURUN, 23 Disember- Sebuah treler membawa muatan bot terkandas di lebuhraya kerana tidak dapat melepasi sebuah jejambat.

Kejadian berlaku di Kilometer 89 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gurun, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan menerusi satu kenyataan berkata treler terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis.

Katanya berikutan penambahbaikan struktur jalan yang dilakukan oleh pihak PLUS, treler terbabit tidak dapat melepasi jejambat kerana jarak ketinggian antara jalan dan jejambat tersebut adalah 4.50 meter

Berbanding perjalanan sebelum itu, treler terbabit tidak berdepan masalah kerana jejambat lain mempunyai jarak ketinggian antara jalan adalah 5.50 meter.

Bagaimanapun katanya insiden berkenaan tidak menyebabkan kemalangan dan pemandu telah memberhentikan trelernya apabila sampai ke jejambat terbabit.

Proses membawa keluar treler dari lebuhraya ke Plaza Tol Gurun dilakukan tengah malam ini oleh Plus dan Peronda Lebuhraya (EMPV).

Treler berkenaan akan meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis menggunakan Jalan Persekutuan.

Media Baharu