fb fb fb fb fb

Tragedi Batang Kali: SAR hari kelapan ditangguh, sambung semula esok

 

BATANG KALI, 23 Disember- Operasi mencari dan menyelamat, SAR mengesan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, ditangguhkan dan akan disambung semula esok.

Pegawai yang terlibat dalam operasi tersebut, mengesahkan operasi yang memasuki hari ke-9 itu dihentikan pada jam 11.00 malam dengan mengambil kira faktor keselamatan.

Operasi yang bermula pukul 8.30 malam selepas ditangguhkan pada 5.30 petang akibat hujan lebat itu, tertumpu di sektor A, dipercayai lokasi terakhir kanak-kanak lelaki berkenaan berkhemah.

Pada operasi tersebut, kesemua pasukan dan jengkaut tanah digunakan dalam usaha pencarian di sektor A.

Bagaimanapun, penggalian di sektor C dan B juga akan diteruskan apabila operasinya bersambung esok untuk mengesan mangsa teraakhir iaitu seorang kanak-kanak lelaki.

Sehingga kini, 30 mangsa terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat lalu, manakala 61 lagi mangsa selamat, dan seorang lagi masih hilang.


(Suasana malam tapak tragedi tanah runtuh)

Media Baharu