fb fb fb fb fb

Tujuh pengajian bidang TVET ditawarkan oleh IKBN Kuala Perlis

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Sesi 2/2025 di IKBN Kuala Perlis / Foto FB IKBN Kuala Perlis

KUALA PERLIS, 4 Ogos - Tujuh bidang pengajian yang ditawarkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis, kini menjadi pilihan dikalangan belia lepasan SPM bagi mengikuti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Bagi kemasukan Ogos ini, seramai 200 belia dari seluruh negara telah memilih untuk mengikuti pengajian di IKBN Kuala Perlis dan telah mendaftar bagi kemasukan baharu, bermula hari ini.

Menurut Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Kuala Perlis Aqilah Rozali, kursus yang ditawarkan termasuklah Teknologi Marin, Teknologi Automotif, Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, Penyelenggaraan Kereta, Penyelenggaraan Jentera Berat dan Semburan Cat dan Kejuruteraan Awam.

"Peluang dalam bidang TVET dan kemahiran ini adalah sangat tinggi dimana industri-industri kerjasama dengan syarikat MOU dengan IKBN Kuala Perlis. jadi pelajar-pelajar yang masuk akan ditempatkan di syarikat-syarikat yang memeterai perjanjian MOU bersama dengan IKBN Kuala Perlis", Aqilah Rozali ketika ditemui media pada Pendaftaran Kemasukan Pelajar Sesi 2/2025 di IKBN Kuala Perlis.

Untuk Kursus Teknologi Marin, IKBN Kuala Perlis merupakan satu-satunya IKBN yang menawarkan kursus berkenaan dengan menyediakan platform digital sepenuhnya seiring perkembangan Revolusi Perindustrian 4.0 .

" Sebab saya minat dalam bidang kemahiran ini. Saya masuk bidang marin, memang minat tentang enjin kapal", kata pelajar baharu, Wan Haziq Rarhan Wan Norazman.

" Sebab minat saya cuba untuk meneroka bidang-bidang seperti automotif, di Malaysia ini memang banyak menggunakan kemahiran. saya rasa kemahiran ini penting dalam negara kita", kata seorang lagi pelajar baharu, Nur Aqilah abdul rahman.

" Boleh membantu ayah, sebab ayah ada trektar dan lori, boleh perbaiki dengan ada ilmu serba sikit tu, cuma nak lebih mendalam lagi", kata seorang lagi pelajar baharu, Muhammad Iman Haziq Suhaimi,

Penyediaan pelbagai kemudahan terkini dilihat mampu melahirkan tenaga mahir berkemahiran tinggi disamping kerjasama strategik bersama 10 syarikat ternama bagi latihan industri .

Kebolehpasaran graduan IKBN kini melebihi 93 peratus.

HASRON BIN HASSAN