fb fb fb fb fb

Tujuh nelayan warga asing ditahan APMM

LABUAN, 26 November- Tujuh nelayan warga asing ditahan kerana melakukan aktiviti perikanan tanpa permit yang sah di perairan Labuan.
 
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot nelayan milik tempatan itu dikesan melakukan aktiviti menangkap gamat menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

Penggunaan peralatan penangkapan itu menyebabkan kerosakan pada ekosistem serta mengganggu pembiakan hidupan laut.
 
Sementara itu, nakhoda bersama kru warganegara Vietnam dan Indonesia, berusia antara 20 hingga 44 tahun turut tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh

Kesemua nakhoda, kru dan kapal tersebut ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959-1963.

Komuniti maritim dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian tertera.

Media Baharu