fb fb fb fb fb

Banjir Perak: 275 penduduk ditempatkan di empat PPS

IPOH, 26 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 275 orang daripada 80 keluarga, setakat pukul 8.00 pagi tadi.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, Sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah berbeza.
 
PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan 76 penduduk daripada 17 keluarga. 
 
Manakala PPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai di daerah Manjung pula menempatkan 182 penduduk daripada 57 keluarga.

Kesemua penduduk ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS)

PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 17 penduduk daripada enam keluarga.

Media Baharu