fb fb fb fb fb

Konsep kerajaan perpaduan perlu diterapkan dalam kalangan rakyat

KUALA LUMPUR, 26 November- Konsep kerajaan perpaduan bukan sekadar pada pentadbiran kerajaan, ia seharusnya perlu diterjemah kepada rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil pemimpin berlainan parti harus mencapai kata sepakat memastikan kestabilan pentadbiran, dalam menyelesaikan isu-isu mendatang.

Beliau turut setuju dengan pandangan beberapa pihak bagi mewujudkan satu pemeteraian Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA), bagi menguatkan lagi kestabilan politik dan pentadbiran negara.

"Bila masa hasil daripada memorandum persefahaman antara Pakatan Harapan dan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri dahulu membuahkan satu suasana yang stabil, jadi saya lihat sekiranya kita ingin capai satu kestabilan, kita tidak boleh ketepikan, terang-terang konsep CSA ini untuk mana-mana parti yang tidak terlibat dalam kerajaan perpaduan, jadi saya terbuka kepada konsep ini," katanya kepada RTM.

(Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil)

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Khas Pasca PRU ke-15 di Angkasapuri Kota Media.

Media Baharu