PUTRAJAYA, 26 November- Genap 50 tahun penganjurannya, Anugerah Seri Angkasa, ASA berjaya mengekalkan prestijnya yang tersendiri dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata buat julung kali, penganjurannya berjaya memartabatkan ASA sekali gus meletakkan kepentingan industri seni kreatif di negara ini.
Lebih membanggakan, siaran langsung ASA 2022 pada Oktober lalu berjaya mencatatkan hampir 6 juta jumlah tontonan termasuk di platform Facebook dan You Tube Live.
"Penganjuran Anugerah Seri Angkasa ini diadakan setiap dua tahun sekali.
"Jadi, untuk anugerah seterusnya kita akan adakan pada tahun 2024, saya percaya dengan komitmen, prestasi yang ditunjukkan oleh semua pegawai, warga kementerian sendiri saya yakin bahawa kita akan dapat menganjurkan Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2024 dengan lebih baik lagi berbanding tahun ini," katanya.
(Datuk Seri Mohammad Mentek)
Beliau ditemui pada Malam Apresiasi Anugerah Seri Angkasa 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.