fb fb fb fb fb

Banjir Perak: 274 penduduk ditempatkan di empat PPS

(FOTO FAIL)

IPOH, 26 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 274 orang daripada 80 keluarga, setakat pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah berbeza.
 
PPS Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak menempatkan 75 penduduk daripada 17 keluarga. 
 
Manakala PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung menempatkan 182 penduduk daripada 57 keluarga.
 
Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 17 penduduk daripada enam keluarga. 

(Kesemua penduduk ditempatkan di empat pusat pemindahan 
sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah berbeza)

Media Baharu