fb fb fb fb fb

Tujuh jambatan kayu di Pos Gob diganti jambatan keluli RM1.7 juta

Foto RTM

GUA MUSANG, 30 Oktober-Tujuh jambatan kayu di sepanjang jalan utama yang digunakan masyarakat Orang Asli di Pos Gob, di sini, sebagai jalan darat untuk ke bandar sudah digantikan dengan jambatan keluli yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Datuk Sapiah Mohd Nor berkata pembinaan jambatan keluli itu, adalah inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) KESEDAR selaku pelaksana bagi projek itu.

Katanya, setakat ini, enam jambatan keluli telah siap dibina sepenuhnya manakala sebuah lagi belum dapat disiapkan kerana masalah cuaca dan beberapa faktor lain.

"Insya-Allah, kita bercadang untuk melantik JKR Kesedar untuk membina beberapa jambatan lain di perkampungan Orang Asli bagi memberi kemudahan perjalanan, melakukan aktiviti harian serta menghantar anak-anak ke sekolah," katanya demikian selepas meninjau jambatan besi yang dibina di sepanjang laluan ke Pos Gob.-BERNAMA

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD