fb fb fb fb fb

METMalaysia: Ribut petir dijangka landa utara tanah air esok

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dijangka mengalami hujan dan ribut petir sepanjang hari esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui notis cuaca bersempena Deepavali 2024 memaklumkan, hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi.

Keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan sehingga petang.

Sementara itu di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak, cuaca pada sebelah pagi dijangka cerah sebelum berisiko mengalami hujan dan ribut petir pada sebelah petang sehingga malam.

Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula, cerah.-BERNAMA

Trainee2